Wednesday 18 June 2014

FINALLY, WE ARE HERE IN SOUTHAMPTON!


Assalamualaikum...

It has been a while since my last entry. 

20 June ni, genap 5 bulan aku berada di bumi Southampton, UK untuk meneruskan usaha ke arah mendapat PhD. Memang satu keputusan yang sangat besar dalam hidup aku dan suami a.k.a Enche Jo untuk berhijrah ke sini : aku akan bergelumang dengan buku, while Enche Jo terpaksa memerap kat rumah menjadi babysitter sementara aku di skool. Kali ini aku nak berkongsi pengalaman dan perasaan menjadi seorang ibu yang sambung belajar di perantauan, moga2 sesiapa yang baca blog ni akan terinspired (chewah) untuk sambung belajar jugak(no matter where you are)

Here we go!!

Aku tak nafikan perjalanan ke sini bukan semudah yang disangka.Saban malam sebelum berangkat dan setelah tiba di sini, aku tak putus2 berdoa semoga perjalanan hijrah aku disini selaras dengan perancangan Allah buat kami sekeluarga dan dipermudahkan setiap perkara yang perlu kami tempuh. Frankly speaking, berhijrah dengan elaum MARA yang agak sempit untuk menampung 3 anak dan suami menuntut aku ngan Enche Jo memerah otak macam mana nak mencari sumber kewangan untuk menampung life kami disini dan menyelesaikan hutang2 yang ditinggalkan di Malaysia. Alhamdulillah, tak sampai  minggu sampai disini, Enche Jo dah dapat keje (cleaner je pon)...ok la, selain dapat income lebih, dapatlah dia hilangkan stress dok kat umah..sebab dah start mula2 nampak tahap kebosanan melampau and dah mula ingat famili kat Malaysia..

Aku plak, memang ingat kat Malaysia esp makanan (maklumler...aku ni food lover).. tapi aku selalu remind myself the main purpose why I am here and what I will get at the end of this journey...so, pokok pangkal...YOU HAVE TO SUPPORT EACH OTHER...saling ingat mengingati and faham pengorbanan masing2....eh..bukan senang tau suami nak buang ego dia and dumped kat umah ngan anak2 yang masih kecil...so tu memang aku appreciate giler apa yang suami aku buat!

Bab study plak, memang berbeza dengan Malaysia. Kita sangat2222 independent, tak adonyo spoon feed sayang! Tapi supervisor aku sangat supportive and dia sangat encourage kita supaya kreatif and just speak up what you have in mind. No one, NO ONE will dare to say that your ideas are stupid...likewise amsa aku keje, nak cakap idea pon muka bos dah jeling semacam, like kita nak tunjuk pandai...(aku pon x tau kenapa aku blh tahan keje kat dalam environment cam tu)..so skang, kalau ko rasa sv tak betul, ko balsah je...tapi secara professional la, mesti ko justify napa ko rasa dia tak betul....

OK, aku kena get back to work, next week meeting ngan sv, kena kumpul data skit untuk present...aku share skit gambo kitaorang kat sini....next entry kita citer pasal macam mana aku sesuaikan tekak ngan makanan kat sini...till then, hugss and kissess...chiow


Spring@University of Southampton
(Hani baru pandai jalan!!)
Summer@Bournemouth
(lepas picnic di pantai, kitaorang jalan2 kat park ni)

Tuesday 9 July 2013

Dilemma PhD

Salam,

Alhamdulillah, aku dapat tawaran pinjaman (read carefully...PINJAMAN...maksunya kena bayar balik kalau x lulus) MARA untuk sambung belajar kat UK. Memang ini cita-cita aku selepas aku habis master di UPM. Masa lepas kuar dewan konvo tu, suami aku bagitau yang abah dok sembang2 cakap lepas ni dia harap ada salah sorang anaknya akan grad pakai topi lembek tu pulak....ok, kiranya ni menyahut cabaran di samping memenuhi impian abah...so am one step towards it....TAPI.....

Ni lah dilemma nya.....tengah pening nak pilih university, sebab mengikut pengalaman berkawan2 dengan academician, depa nasihat kalau nak buat PhD, kena tgk nak grad from which faculty sebab itu akan menentukan placement kita nanti....Skang ni option2 nya:

Option 1 : University of Sheffield (Town & Regional Planning)

 Pro :
dah confirm dengan supervisor, and nampak cam dia OK jer and plus this is the first offer that I've got...Plus cost of living murah giler and bak kata adik laki aku yang  pernah study kat Manchester, bersepah melayu kat sana, and paling best (kata suami aku) dekat dengan Manchester,  boleh layan tgk bola kat Old Trafford...
 
Con :
TOWN & REGIONAL PLANNING???macam x baper sesuai sebab aku buat tajuk pasal solid waste, disebabkan aku study pasal urban areas tu yg kena letak bwh  fakulti ni...esok2 aku nak mengajar apa???town planning a.k.a macam school HBP (House, Building & Planning) macam kat USM????Tak kot...


Option 2 : University of Southampton (Engineering and Environment)
 
Pro :
Of course la, tgk fakulti pun nampak cam gempak and SV aku tu Dekan lak fakulti nih...huhuhuhu (best ker?cam takut je, tapi confirm perjalanan PhD aku terjaga and berdisiplin)...takoott.... :)tak pernah lagi bersembang ngan SV ni....I really don't know what to expect and what he is expecting from me..for sure la dia expect pelajar Phd yang rajin, grad on time and can produce good quality research paper

Con :
Org kata cost of living tinggi sebab dia dah dekat dengan London....macam mana tuh.....dah la bawak anak 3 org, hubby lagik...aiyooo...macam mana nak shopping nih???? :) boleh ke survive dengan elaun MARA tuh?Plus my first daughter nak skolah lagi...hmmm...


Malam ni nak tidur and nak spend time thinking and thinking...the clock is ticking....dah tak lama dah nak masuk....aku dah makin pening



Tido dulu la..

Dr Erni Mariana, PhD (Southampton) (soon to be...heheh..berangan jap)

Thursday 4 July 2013

Gambar je

Salam,
As promised:
 
Ni masa celebrate bday Na(1st dotter) yang 6thn kat rumah baru..alhamdulillah


Hubby and cica (2nd dotter)
 

Na and Cica
 


First entry : Introduction

Assalamualaikum....

Skang ni tengah cuti bersalin anak yang ke-3. Hari ni dah masuk hari yang ke...(jap tgk kalender)..ok, hari ke 28. Tak ingat plak dah hari ke berapa sebab dok kat rumah ni, hari2 rasa macam hari Ahad... :) Rasanya semua working mom yang berpantang akan rasa macam mana aku rasa skang....boring and most of the time akan jadik raksaksa hijau kat rumah sebab melayan kerenah anak2 sendiri (ayat cliché : "Hish, macam mana la bbsitter korang tahan jaga korang.....notty nyer!! - mulut membebel sambil mengelap lantai yang penuh dengan air milo tumpah)...tapi ITU LER BUDAK2...kalau x ada diaorang kat rumah, aduhai, sunyi sangat22!!!

Sepanjang maternity leave yang membosankan sbb pantang sorang2 kat rumah, aku pun start ler mem"browse" tgk blog2 org and tetiba terpikir nak buat blog sendiri..and ni lah hasilnya setelah penat membelek2 dalam Google..

Ok, little bit about myself. Bak kata org, tak kenal, maka tak cinta...

I'm a working mom (keje swasta je-syarikat uruskan sampah..read carefully, bukan syarikat angkat sampah OK..!) and dikurniakan Allah, seorang suami yang baik dan sempurna pada mata aku (mata orang lain lantak lerrr!!). Masuk tahun ni dah 7 tahun kitaorang kawen dan Alhamdulillah di kurniakan 3 orang puteri :

Nur Nisa Qashrina (6 yo)
Nur Dhiya Qaleesya (2 yo)
Nur Hani Qaisuri (28 days)

(boleh form powerpuff girls ala-ala M'sian edition)


OK...continue in the next blog. Nanti aku upload gambor...maklumler...baru nak belajar2 berblogging nih....chiow


Gambar kawen (masa tgh kurus)...nanti korang tgk la aku upload
gambor latest setelah 7 tahun kawen...